Sunday, December 21, 2014

Pengenalan Silat Gerak Semulajadi (Bahagian 3) - Siapa Anak Murid Silat Kedua Imam Abu ?



Salam Semulajadi,

Pasti anda rasa pelik kenapa saya memberi salam semulajadi.

Perkataan ‘semulajadi’ ini sebenarnya amat penting bagi setiap manusia.. ya termasuk anda dan saya.

Semulajadi kita sebagai manusia kepada manusia. Semulajadi kita sebagai manusia kepada seluruh alam dan semulajadi kita sebagai manusia kepada TuhanNYA. Sesiapa yang mengenal semulajadi dirinya maka mudah untuknya mengenal siapa PenciptaNYA.

Baiklah… saya ingin terus ke sambungan pengenalan Silat Gerak Semulajadi.


Anak Murid Kedua Imam Abu

Dalam perkongsian di bahagian #2 Pengenalan Silat Gerak Semulajadi saya ada kongsikan tentang anak murid pertama yang belajar silat dengan Aruwah Imam Abu. Seorang Pendekar DiRaja juga guru silat yang akhirnya menjadi anak murid kepada Imam Abu selepas tewas kepada Imam Abu.

Kepada anda yang belum membaca kisah peraduan bersilat antara Imam Abu dan pendekar tersebut boleh baca di sini… http://silatgeraksemulajadi.blogspot.com/2014/12/pengenalan-silat-gerak-semulajadi_18.html

Itu anak murid pertama dan saya ada nyatakan yang Imam Abu ini hanya mempunyai 2 orang anak murid silatnya.

Siapa seorang lagi ?

Anak murid silat kedua kepada Imam Abu ini berkemungkinan besar hanya dikenali oleh orang-orang lama sahaja kerana beliau ini tidak membuka gelanggang dan hanya mengajarkan silat yang beliau pelajari terus dari Imam Abu kepada ahli keluarganya sahaja.

Pihak Admin diberitahu bahawa beliau dikenali sebagai Yusof Binu atau juga digelar Usop 3 sen yang berasal dari Kampung Sungai Machang Ulu, Lenggeng. (Mohon sedekahkan fatihah kepada aruwah).

Beliau banyak merantau bekerja di luar. Beliau pernah bekerja di Keretapi Tanah Melayu, Polis Diraja Malaysia, menjadi pemandu dan bermacam-macam lagi.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak mempunyai gelanggang dan anak-anak muridnya hanyalah dikalangan ahli keluarga sahaja. Salah seorang dari anak muridnya bernama ialah Mohd Diah Hassan yang pernah membuka gelanggang di Sg Machang Hulu dan Gombak Batu 6 3/4.

Admin juga dinyatakan bahawa pewaris silat yang di ajar oleh Aruwah Yusuf Binu ini masih lagi hidup termasuklah Mohd Diah Hassan dan salah seorangnya adalah anak kepada Aruwah Yusuf Binu.

Siapakah anak Aruwah Yusuf Binu ini ?

 Adakah kita masih boleh berjumpa dengannya ?

Bagi Admin kepada anak-anak jati Lenggeng adalah sesuatu yang merugikan jika pewaris-pewaris silat Imam Abu atau Silat Semulajadi ini tidak kita jumpa dan pelajari silat warisan orang Lenggeng dari mereka dan perlu diingat usia mereka juga semakin meningkat.


6 comments:

  1. Kenal tak arwah shariff bin salim yang berasal dari kg tengah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mohon maaf rasa tidak berkesempatan untuk mengenali aruwah tetapi jika tuan Amir mengenali beliau mohon berikan detail beliau kerana pihak admin sedang mengumpul tokoh-tokoh atau pewaris-pewaris silat semulajadi atau silat imam abu. Mohon emel kepada zahrulazua@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum....kenal tak dgn haji abd malik bin datok pangkal berasal dr kg dacing hulu beranang dan telah perpindah ke kg hulu perdik hulu langat selangor...zetiharun@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Saya ni kira generasi hujung silat yang telah pupus ini. Nama tersebut saya tak familiar tapi apa yang saya dengar di Hulu Langat ada juga gelanggang di sana satu masa dahulu.

      Delete
  3. Cuba cari silat garit di beranang, mungkin akan membantu

    ReplyDelete
  4. Mohd diah hassan adalah ayah saya. ayah saya telah pergi mengadap ilahi pada ogos 2019.

    ReplyDelete