Sunday, December 14, 2014

Pengenalan Silat Gerak Semulajadi (Bahagian 1)



Silat Gerak Semulajadi ditubuhkan atas dasar kesedaran seorang anak muda dari Kampung Sungai Jai, Lenggeng , Negeri Sembilan setelah silat yang pernah beliau pelajari ketika beliau remaja iaitu Silat Semulajadi hampir pupus di muka bumi Lenggeng itu sendiri.

Silat Semulajadi merupakan warisan orang Lenggeng dan menurut ceritanya silat ini asalnya dari seorang imam dari Minangkabau yang bernama Imam Abu yang datang ke daerah Lenggeng, Negeri Sembilan.

Sebelum Silat Semulajadi itu dinamakan dengan nama tersebut ianya dipanggil Silek Imam Abu.

Silat Semulajadi kini tidak lagi diajarkan kepada warga Lenggeng kerana pewaris-pewaris silat ini sudah tidak ramai dan mereka hanya mengajarkannya kepada waris serta ahli keluarga sahaja.

Atas kesedaran dan kebimbangan pemuda tersebut maka telah memberanikan diri untuk mengembangkan silat ini walaupun beliau tahu ilmu persilatannya tidak begitu tinggi.

Namun beliau tidak menggunakan nama Silat Semulajadi tetapi dengan nama Silat Gerak Semulajadi.

Dalam perkongsian-perkongsian yang akan datang saya akan kongsikan sejarah selanjutnya Silat Gerak Semulajadi ini yang berpunca dari Silek Imam Abu serta Silat Semulajadi. Nantikan ya...


**********************************************************************
Mohon tinggalkan komen anda di bawah

5 comments:

  1. asalamualaikum...sya nk tnya, apa perbezaan antara silat semulajadi dan silat gerak semulajadi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahulunya saya belajar Silat Semulajadi. Persatuan silat ini sudah berkubur. Tiada lagi waris guru yang buka gelanggang. Jadi saya rasa sayangkan warisan ini. Saya cuba kongsikan ilmu Silat Semulajadi ini melalui pendekatan saya sendiri. Kerana itu saya namakan Silat Gerak Semulajadi. Namun asasnya sama iaitu berasal dari langkah Silat Imam Abu. Punca lahirnya Silat Semulajadi.

      Delete
    2. Saya mengajar silat semulajadi di maktab di raja mtd saya dan yunus dan md.zain

      Delete
    3. Assalamualaikum, tuan. Saya berminat untuk menegetahui dan mempelajari silat semulajadi. Bagaimana saya boleh hubungi tuan?ini no tel saya: 0134834160 ataupun tuan boleh berikan kepada saya no tel untuk saya hubungi.

      Delete
  2. Salam. saya Zahrul. Baru je terbaca komen tuan. Boleh tahu nama? Ini nombor saya 0193398953

    ReplyDelete