Salam Semulajadi,
Rasanya anda pun tahu bukan sekadar di
Malaysia sahaja malah di seluruh dunia terdapat beribu aliran seni pertahan
diri.
Pelbagai teknik serta gaya dibawa setiap
aliran seni pertahankan diri. Ada aliran seni mempertahankan diri yang mendakwa
bahawa gerakan seni pertahankan diri mereka diilhamkan dari gerakan haiwan
tertentu dan ada pula yang mendakwa membawa aliran yang diilhamkan dari gerakan
manusia.
Perkara ini juga tidak lari dari dunia
persilatan. Antara haiwan-haiwan yang menjadi ilham kepada gerakan perguruan
silat adalah seperti :
- Harimau
- Kucing liar
- Burung Rajawali
- Buaya
- Monyet
- Dan sebagainya
Perguruan silat yang menggunakan gerakan
manusia seperti :
- Gerakan tangan, kaki serta badan
- Gerakan manusia berjalan, melompat serta berdiri
- Gerakan manusia duduk
- Dan sebagainya
Malah ada juga yang menggunakan gerakan dalam
solat sebagai ilham kepada gerakan silat mereka.
Persoalannya sekarang gerakan manakah yang
lebih baik ?
Adakah ilham dari gerakan haiwan atau gerakan
semulajadi manusia ?
Ini merupakan persoalan serta isu yang amat sensitive.
Silat Gerak Semulajadi sendiri mengilhamkan
gerakan semulajadi manusia sebagai gerakan silatnya. Bukan sekadar gerakan
manusia malah lebih tepat lagi gerakan bayi yang baru lahir. Sukar untuk diterangkan tetapi
untuk mengetahuinya perlulah mempelajarinya terus dari gurunya.
Kenapa Silat Gerak Semulajadi memilih gerakan
semulajadi manusia sebagai gerakan silatnya ? Adakah gerakan haiwan tidak
sesuai untuk digunakan ?
Pendapat Silat Gerak Semulajadi
Bagi aliran Silat Gerak Semulajadi
berpendapat gerakan semulajadi manusia merupakan gerakan yang terbaik untuk
diilhamkan sebagai gerakan silat namun begitu ia tidak menolak terus gerakan
dari haiwan ini.
Contohnya ada aliran silat yang menggunakan
gerakan harimau salah satu gerakannya adalah menyerang bahagian kepala dan
leher seperti mana Sang Harimau menyerang mangsanya.
Bagi Silat Gerak Semulajadi bahagian kepala
dan leher juga menjadi sasaran lawannya kerana bahagian ini merupakan bahagian
yang mudah untuk menghilangkan keseimbangan manusia dan di bahagian ini juga
terletaknya banyak titik sakit dan titik maut.
Nantikan sambungannya… sementara itu berikan pendapat anda di bawah ya.
No comments:
Post a Comment