Salam Semulajadi,
Pasti anda rasa pelik kenapa saya memberi salam semulajadi.
Perkataan ‘semulajadi’ ini sebenarnya amat penting bagi setiap
manusia.. ya termasuk anda dan saya.
Semulajadi kita sebagai manusia kepada manusia. Semulajadi kita
sebagai manusia kepada seluruh alam dan semulajadi kita sebagai manusia kepada
TuhanNYA. Sesiapa yang mengenal semulajadi dirinya maka mudah untuknya mengenal
siapa PenciptaNYA.
Baiklah… saya ingin terus ke sambungan pengenalan Silat Gerak
Semulajadi.
Anak Murid Kedua Imam
Abu
Dalam perkongsian di bahagian #2 Pengenalan Silat Gerak
Semulajadi saya ada kongsikan tentang anak murid pertama yang belajar silat
dengan Aruwah Imam Abu. Seorang Pendekar DiRaja juga guru silat yang akhirnya menjadi
anak murid kepada Imam Abu selepas tewas kepada Imam Abu.
Kepada anda yang belum membaca kisah peraduan bersilat antara
Imam Abu dan pendekar tersebut boleh baca di sini… http://silatgeraksemulajadi.blogspot.com/2014/12/pengenalan-silat-gerak-semulajadi_18.html
Itu anak murid pertama dan saya ada nyatakan yang Imam Abu ini
hanya mempunyai 2 orang anak murid silatnya.
Siapa seorang lagi ?
Anak murid silat kedua kepada Imam Abu ini berkemungkinan besar
hanya dikenali oleh orang-orang lama sahaja kerana beliau ini tidak membuka
gelanggang dan hanya mengajarkan silat yang beliau pelajari terus dari Imam Abu
kepada ahli keluarganya sahaja.
Pihak Admin diberitahu bahawa beliau dikenali
sebagai Yusof Binu atau juga digelar Usop 3 sen yang berasal dari Kampung
Sungai Machang Ulu, Lenggeng. (Mohon sedekahkan fatihah kepada aruwah).
Beliau banyak merantau bekerja di luar.
Beliau pernah bekerja di Keretapi Tanah Melayu, Polis Diraja Malaysia, menjadi
pemandu dan bermacam-macam lagi.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa
beliau tidak mempunyai gelanggang dan anak-anak muridnya hanyalah dikalangan
ahli keluarga sahaja. Salah seorang dari anak muridnya bernama ialah Mohd Diah
Hassan yang pernah membuka gelanggang di Sg Machang Hulu dan Gombak Batu 6 3/4.
Admin juga dinyatakan bahawa pewaris silat
yang di ajar oleh Aruwah Yusuf Binu ini masih lagi hidup termasuklah Mohd Diah
Hassan dan salah seorangnya adalah anak kepada Aruwah Yusuf Binu.
Siapakah anak Aruwah Yusuf Binu ini ?
Adakah
kita masih boleh berjumpa dengannya ?
Bagi Admin kepada anak-anak jati Lenggeng
adalah sesuatu yang merugikan jika pewaris-pewaris silat Imam Abu atau Silat
Semulajadi ini tidak kita jumpa dan pelajari silat warisan orang Lenggeng dari
mereka dan perlu diingat usia mereka juga semakin meningkat.