Salam Semulajadi,
Perkataan fitrah merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu fatara.
Perkataan fitrah merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab iaitu fatara.
Menurut
Kamus Dewan (1998), istilah fitrah ditakrifkan sebagai sifat semula jadi dan
bagi manusia pula sifat semulajadinya merupakan dorongan atau pembawaan yang
ada pada setiap manusia.
Apakah
dorongan atau pembawaan ini ?
Ianya
adalah bakat atau potensi semula jadi samada secara fizikal, mental atau
kerohanian yang azalinya ada dalam diri setiap manusia sejak ia dilahirkan
malah boleh juga dikatakan ianya adalah ketetapan yang telah ditentukan
mengikut setiap insan sebelum ia dilahirkan lagi.
Fitrah
atau semulajadi manusia ini boleh dikategorikan kepada dua :
Kategori
#1 - Kejasmanian, kebendaan dan keduniaan.
Kategori
#2 - Kerohanian, keakhiratan dan ketuhanan.
Boleh
dikatakan setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan yang tersendiri dan
ia meliputi semua bidang kehidupan. Keunikan semulajadi setiap manusia ini juga
dikenali sebagai POTENSI DIRI.
Potensi
diri manusia ini merangkupi semua bidang yang ada kaitan dengan manusia.
Orang
Minangkabau percaya bahawa secara semulajadinya silat sudah ada dalam diri
manusia.
Buktinya
cuba anda mengangkat tangan seperti mahu menampar seseorang (tapi jangan
tampar betul-betul ya ) dan lakukannya pada rakan anda. Pasti akan ada reaksi
atau tindak balas dari rakan anda itu.
Mungkin
ia akan cuba angkat tangan menutup muka atau cuba mengelak atau mungkin akan
cuba untuk serang balas. Nah… inilah dia silat. Sifat semulajadi manusia yang
akan bertindak balas ke atas situasi atau apa sahaja perkara yang dihadapinya.
Jika
dalam diri sudah ada silat secara semulajadinya kenapa perlu belajar silat ?
Kita
perlu cungkil sifat semulajadi kita. Kita perlu kenal ia. Kita perlu tahu
potensinya dan apabila ini dapat kita lakukan maka kita boleh menggunakannya
dan mengawalnya untuk kita lakukan sesuatu yang baik. Dalam Islam kita perlu
lakukan amar maaruf nahi mungkar.
Ini
termasuklah silat dalam diri. Kita kena cungkil dan kenal semulajadi silat yang
ada dalam diri kita. Kita perlu aktifkannya dengan pembelajaran dan latihan
yang ada dalam setiap perguruan silat. Bila
kita sudah boleh mengawal silat kita maka kita boleh gunakannya bukan sekadar
untuk diri kita malah untuk keluarga, bangsa, negara dan agama.
Percayalah
dalam setiap diri manusia itu ada silatnya dan ini termasuklah diri anda itu walaupun
ada diantara kita yang dilahirkan dalam keadaan cacat atau kurang upaya secara
fizikalnya.
No comments:
Post a Comment