Salam Semulajadi,
Post kali ini saya ingin menyambung artikel saya yang lepas
tentang gerakan silat yang diilhamkan dari gerakan haiwan atau manusia. Saya
ingin mengutarakan pendapat Silat Gerak Semulajadi (SGS) tentang perkara ini.
Untuk membaca bahagian pertama boleh baca di link ini :
MengINSANkan Gerakan
Haiwan
Seperti yang dinyatakan dalam artikel yang ditulis bahagian 1
saya ada nyatakan tentang pendapat Silat Gerak Semulajadi (SGS) tentang perkara
ini. Walaupun SGS geraknya diilhamkan dari gerakan bayi yang baru lahir (fitrah
manusia) ia tidak menolak gerakan-gerakan yang diilhamkan dari haiwan
terutamanya harimau.
Kenapa ?
Pada SGS ilham gerakan haiwan bukanlah menjadi haiwan tetapi
hanya mengilhamkan gerakan haiwan untuk diadaptasikan dalam gerakan silat.
Namun jangan salah faham kerana kajian SGS tetap menutamakan gerakan bayi yang baru lahir (fitrah manusia) sebagai kajian ke atas gerakannya.
Namun jangan salah faham kerana kajian SGS tetap menutamakan gerakan bayi yang baru lahir (fitrah manusia) sebagai kajian ke atas gerakannya.
1) Ilham gerakan
haiwan ini pula perlulah diinsankan agar sesuai dengan gerakan kita manusia.
Contohnya :
Sang Harimau akan menyerang dan membaham bahagian kepala dan
leher mangsa dahulu sebelum menewaskannya dan bila diinsankan gerakan dan
tindakan ini dalam kajian SGS keseimbangan manusia terletak pada bahagian kepala
dan jika kita mampu mengganggu bahagian ini mamak keseimbangan manusia akan
hilang.
Apabila hilang keseimbangan maka sebesar atau seberat mana pun badan
manusia ia mudah untuk dijatuhkan.
Kita tidak perlu membaham kepala manusia sepertimana harimau dan cukuplah dengan
menggunakan tangan untuk melakukannya. Inilah maksudnya menginsankan gerakan
haiwan.
2) Mengilhamkan
semangat haiwan tertentu agar kita juga bersemangat tinggi dalam perjuangan
kita.
Tidak semua haiwan
dijadikan sebagai ilham gerakan dan haiwan-haiwan tertentu seperti :
- Naga
- Harimau
- Burung Rajawali
- Dan yang sewaktu dengannya
Kita mungkin tidak pernah melihat naga secara 'real' dan mungkin
sukar untuk betul-betul membayangkan semangat naga.
Akan tetapi kita biasa melihat harimau dan ngaumannya sahaja
sudah mampu menggoncang dada kita. Semangat harimau ketika bertarung juga amat
hebat.
Keberanian sahabat nabi SAW yang juga bapa saudara baginda ,
Saidina Hamzah R.A. amat tinggi sehingga beliau digelar dengan gelaran ‘Singa
Allah’.
Salah seorang sahabat nabi pedang yang dimilikinya mempunyai
lakaran naga dan singa.
Semangat haiwan bukanlah bermakna kita akan menjadi haiwan
seperti yang dinyatakan tetapi berinspirasikan semangat tersebut menjadikan
seseorang pesilat itu lebih gagah dan berani bila mana ianya diperlukan.
Anda pula bagimana ? Apa pendapat anda ? Sila tinggalkan komen ya :)
No comments:
Post a Comment